Beriman Kepada Allah SWT

Konsep beriman kepada Allah meliputi beriman dengan kewujudanNya, mengenaliNya, mempelajari apa yang datang daripadaNya dan yakin serta melaksanakan perintah dan petunjuknya.
Kewujudan Allah.
Menurut ulamak, ada dua alasan atau saluran untuk membuktikan dan meyakini kewujudan Allah iaitu:
  • Setiap perkara yang wujud di alam ini ada penciptanya.
  • Melalui dalil wahyu, iaitu hujjah di mana Allah sendiri memberitahu menerusi RasulNya bahawa Dia adalah Rabul Alamin (pencipta, penguasa, pemerintah dan lain-lain). Menurut hadith: "Hendaklah kamu memikirkan tentang makhluk ciptaan Allah dan jangan memikirkan tentang zat Allah kerana kamu tidak mengetahui hakikatNya yang sebenar"

Mengenali Allah S.W.T.

Arti kita beriman kepada Allah juga ialah mengenali Allah. kalau kita tidak mengenali Allah, bagaimana hendak beriman kepadaNya. Untuk mengenaliNya tidak sama dengan mengenali makhluk. Bagi mengenali seseorang kita boleh mencarinya, berjumpa, melihat sedangkan Allah bukan makhluk. Ia adalah Khaliq iaitu Rabb bagi makhluk. Oleh itu cara dan bentuk mengenali Allah berbeza dengan cara dan bentuk kita mengenali makhluk.
Antara pengenalan Allah yang paling jelas ialah terdapat dlam Asma' al-Husna, iaitu nama-nama Allah yang 99 sebagai gambaran tentang sifat-sifat Allah. Antaranya:
Allah - lafaz yang maha mulia merupakan nama dari zat ilahi yang Maha Suci serta wajib adanya yang berhak memiliki segala pujian dan sanjungan. Adapun nama-nama lain bagi setiap nama itu menunjukkan suatu sifat Allah yang tertentu dan oleh itu ia juga boleg dianggap sebagai sifat-sifat bagi lafaz yang Maha Agung iaitu (Allah).
Antara nama-nama lain itu ialah:
  • Ar-Rahman - Maha Pengasih, memberi nikmat kepada makhluk semasa di dunia.
  • Ar-Rahim - Maha penyayang, ada ulamak mentafsirkan dengan maksud memberi nikmat yang banyak di akhirat kursus kepada orang-orang mukmin.
  • Al-Malik
  • Al-Quddus, terdapat banyak lagi nama-nama Allah.

Tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah Allah S.W.T.

Tauhid Rububuyah bermaksud hanya Allah sahaja sebagai Rabb (pencipta, pemilik, pemerintah, memberi rezeki dan seumpamanya). Tidak boleh dijadikan, dianggap atau dirasakan yang lain sebagai rabb atau bersama-sama Allah menjadi Rabb.

Tauhid Uluhiyyah bermaksud orang islam yang beriman dengan keimanan yang sebenar, dia hanya mengambil Allah sebagai Ilah. Dia tidak meletakkan Allah bersama-sama yang lain sebagai Ilah. Allah sahaja sebagai pujaan dan sembahannya. Maksud Ilah ialah sesuatu yang dipuja dan disembah.

Mempelajari dan memahami ajaran Allah.

Maksud beriman kepada Allah juga sepatutnya kita mempelajari dan memahami segala yang datang daripada Allah melalui RasulNya sama ada dalam al-Quran atau al-Sunnah. Maksud beriman kepada Allah bukan sekadar percaya tentang kewujudan Allah tetapi termasuk juga segala apa yang datang daripada Allah S.W.T.
Yakin dan melaksanakan petunjuk Allah.
Antara maksud dan tuntutan iman kepada Allah ialah yakin terhadap apa yang datang daripada Allah. Yakin dengan kebenaran, kesempurnaan islam sebagai satu Din yang syamil dan kamil serta terbaik.

Read More~~

Akidah Islam

Akidah dari segi bahasa berarti simpulan iman ataupun pengangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pengangan yang kuat.
Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya.
Akidah Islam.

Ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, Akidah islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan

Read More~~